Ekelas Subjek Inggeris Tingkatan 4 & 5
2 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 01 Mac 2019 (Jumaat) yang lepas, eKelas Penggal 1 Minggu 5 ini telah diadakan pada 1 dan 2 Mac 2019, hari Jumaat dan Sabtu dan bertempat di Pusat Internet Krokong. eKelas merupakan inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang disediakan oleh Maxis bertujuan untuk memberikan pendidikan percuma secara atas talian kepada para pelajar Tahun 6 sehingga Tingkatan 5 yang tinggal di sekitar Pusat Internet.
Sesi pembelajaran eKelas ini telah diadakan secara langsung (live tutorial) bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5 bersama dengan guru-guru yang berkaliber dan berpengalaman dalam mengendalikan kelas tutorial secara maya. Dalam eKelas ini, para pelajar diperkenalkan kepada eCikgu dan juga learning port yang terdapat dalam portal Maxis eKelas iaitu ekelas.com.my.
Selain itu, para pelajar juga menjalankan aktiviti dan tugasan secara berkumpulan dan perlu memuat naik tugasan tersebut ke dalam portal eKelas untuk dinilai oleh guru-guru bagi matapelajaran tersebut. eKelas ini telah diadakan dalam sesi yang berasingan bagi pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5 berdasarkan jadual yang telah disediakan. eKelas pada minggu ini untuk pelajar Tingkatan 4 & 5 subjek Inggeris telah dihadiri oleh seramai 4 orang pelajar.
Terima kasih kepada pelajar yang terlibat.Diharap pembelajaran ini akan lebih membantu pelajar dengan menambah ilmu pengetahuan dan akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: